Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria menyampaikan Sumbangan Wang Tunai, iBAKIPT dan Pelajar Cemerlang SPM 2023. Sumbangan ini bertujuan untuk mengiktiraf dan menghargai usaha gigih 20 orang pelajar yang telah mencapai keputusan cemerlang dalam SPM 2023. Turut diadakan juga penyampaian sumbangan kepada 7 penerima individu dan 3 penerima Bantuan Kemasukan Awal ke IPT (iBAKIPT) daripada kerajaan Negeri Kedah. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Kedah, Ustaz Azam Abd Aziz. #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 6/16/2024, 5:30:32 PM 

Tiada ulasan