KUNJUNG HORMAT DARI HENAN AIRPORT GROUP
Satu sesi kunjungan hormat oleh Delegasi Henan Airport Group (HNAG) dari Wilayah Henan, China kepada Menteri Besar YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor telah berlangsung hari ini bertempat di Grand Alora Hotel. Seramai 11 orang yang diketuai oleh General Counsel of Henan Airport Group & Director of Enterprise Development, Mr. JIA Xinming. Kehadiran mereka ke Kedah adalah sebagai kunjungan balas selepas lawatan rasmi Delegasi Kerajaan Negeri Kedah ke Wilayah Henan pada akhir tahun lalu. Hadir sama dalam pertemuan itu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Dato Fauzi Mustafa; Ketua Pegawai Eksekutif KXP AirportCity Holdings (KXP AirportCit) Encik Nur Salman Saad @ Bidin serta Ahli-Ahli Lembaga Pengarah KXP AirportCity.
Post a Comment