Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Sains, YB Dr. Haim Hilman Abdullah mempengerusikan mesyuarat bersama delegasi dari China mengenai cadangan melaksanakan projek pembangunan Bandar Maritim (Perikanan) dan pembangunan bercampur di atas tanah tanah tebus guna seluas 3500 ekar di kawasan perairan Kuala Kedah. Beliau berbesar hati menerima kunjungan delegasi itu kerana dalam sektor pengeluaran ikan dunia, China menduduki tempat pertama dengan 58.8 juta tan metrik jumlah pengeluaran. Dr. Haim memberi penekanan kepada delegasi untuk meneliti semula cadangan projek itu supaya dapat membawa bersama nelayan tempatan disamping memelihara ekosistem yang ada di Kuala Kedah. Kerajaan Negeri Kedah sentiasa mengamalkan sikap "Pro Business" terhadap mana-mana pihak yang ingin mengembangkan perniagaan di Kedah, di mana akhirnya akan membawa kebaikan kepada negeri dan rakyat Kedah. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 6/2/2024, 5:00:55 PM 

Tiada ulasan