Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India & Siam dan NGO, YB Wong Chia Zhen merasmikan Program Kemampanan Komuniti Bandar Kulim-Karnival Kemeriahan Komuniti Kulim pagi tadi di Taman Tasik Putra, Kulim. Penganjuran program ini adalah usaha Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) untuk mencapai matlamat program meliputi 3 aspek iaitu Pembangunan Komuniti, Program Kesukanan dan Program Khidmat Masyarakat. Karnival Kemeriahan Komuniti Kulim yang diadakan ini adalah berkonsepkan program rakyat melibatkan pelbagai aktiviti menarik, pameran agensi dan kesukanan telah diadakan. Tidak ketinggalan juga pengisian program juga dilaksanakan seperti Malam Kulim Berselawat yang telah diadakan pada 20 Jun 2024 yang lalu. Pertandingan-pertandingan yang diadakan mencakupi semua golongan sama ada wanita, lelaki, kanak-kanak, remaja, merangkumi seisi keluarga. Begitu juga dengan penglibatan pameran oleh jabatan atau agensi merupakan usaha tambahan bagi menyebar luas perkhidmatan, peranan, fungsi dan inisiatif yang sedang dilaksanakan oleh MPKK dan agensi di samping merapatkan jurang antara pihak majlis, agensi dengan penduduk tempatan. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 6/23/2024, 4:30:18 PM 

Tiada ulasan