Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria merasmikan program gotong royong membersih kawasan persekitaran Jalan Datuk Kumbar dan sekitar Taman Nuri yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Derga. Program itu turut disertai oleh pelbagai agensi dan organisasi seperti E-Idaman, SWCorp, AADK, MBAS, Ahli Majlis PBT dan Majlis Ketua Kampung DUN Derga. Kehadiran hampir 100 orang peserta telah menjayakan program gotong royong Peringkat DUN Derga menunjukkan komitmen tinggi komuniti setempat dalam menjaga kebersihan dan kesihatan persekitaran. Beliau menekankan tentang pentingnya usaha bersama dalam memastikan kawasan kediaman sentiasa bersih dan selamat. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 6/4/2024, 3:00:25 PM 

Tiada ulasan