Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan, YB Dato' Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali hari ini telah membuat lawatan tapak ke dua projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) negeri Kedah. Lawatan pertama BALB adalah di Kampung Sungai Gelam, Merbok. Projek BALB di Kampung Sungai Gelam kini menyediakan telaga tiub sebagai sumber air. Namun, air dari telaga ini hanya sesuai untuk kegunaan luar seperti mencuci dan menyiram tanaman. Penduduk dinasihatkan agar tidak meminum air ini kerana kualitinya tidak memenuhi piawaian keselamatan untuk air minuman. Sementara projek BALB di Kampung Seng, Padang Terap pula termasuk dalam Skim Pembekalan Air Terawat (SPATR). SPATR ini berjaya menyalurkan bekalan air terawat kepada 24 buah rumah di Kampung Bendang Seng. Penduduk kampung itu kini boleh menikmati air yang lebih selamat untuk kegunaan harian seperti memasak, minum, dan kebersihan diri. Lawatan hari ini mendapati salah satu pam air di Kampung Seng mengalami kerosakan akibat banjir kilat. Dato' Ustazah Siti Ashah telah meluluskan peruntukan segera bagi membaiki kerosakan pam air berkenaan. Inisiatif ini bertujuan untuk memastikan bekalan air bersih kepada penduduk tidak terganggu dan memenuhi keperluan segera akibat bencana alam tersebut. Turut hadir, Penolong Pengarah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Muhammad Amin Abd Rani. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 6/25/2024, 3:59:43 PM 

Tiada ulasan