Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Negeri Kedah, YB Dato' Hajjah Halimaton Shaadiah Saad hadir ke Program Hari Bertemu Pelanggan KPKM (Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan) & Hari Tekno Padi Sempena Kembara Mukim Sungai Laka Kubang Pasu bertempat di Perkarangan Surau Kampung Padang Satu Mukim Sungai Laka Bukit Kayu Hitam. Progaram tersebut dianjurkan oleh Pejabat Daerah Kubang Pasu dengan Kerjasama Pejabat Pertanian Daerah Kubang Pasu. Program ini dianjurkan bagi mendekatkan kakitangan Jabatan atau agensi dengan masyarakat setempat dengan membawa pelbagai aktiviti menarik untuk dikongsi bersama masyarakat sekitar. Sempena Kembara Mukim ke Sungai Laka kali ini adalah merupakan simbolik kepada usaha Tuan Pegawai Daerah dalam memantau dan menilai pelaksanaan projek dalam daerah Kubang Pasu, khasnya di Dun Bukit Kayu Hitam. Aspek pertanian menjadi penekanan program kali ini kerana sektor ini boleh menjana ekonomi penduduk setempat. Beberapa lokasi yang menjadi pilihan Tuan Pegawai Daerah antaranya Projek Perusahaan kacang tumbul dan akar nyior, projek mega oleh FGV dengan penanaman nanas MD2 serta melon secara fertigasi juga uniknya produk berasaskan kulat sisir dalam Mukim Sungai Laka. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 6/25/2024, 5:30:21 PM 

Tiada ulasan