Header Ads

test

VOLUNTOURISM : PROMOSI BUDAYA DAN KESUKARELAWANAN




ALOR SETAR - Program Voluntourism di Homestay Pantai Jamai telah berjaya menarik penyertaan ramai pelajar tempatan dan antarabangsa.

Program itu dianjurkan bersempena dengan 'Mai Singgah Alor Setar 2024'. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin berkata pelajar berperanan penting sebagai pemangkin masa hadapan dalam memacu aspirasi dan menggubal realiti.

“Peranan para pelajar tidak harus diambil mudah kerana mereka adalah penggerak kepada perubahan dan kemajuan masyarakat,” ujarnya ketika merasmikan Voluntourism Homestay di Pantai Jamai di sini hari ini. 

Beliau juga menyambut baik program yang diadakan ke arah meningkatkan kesedaran serta menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti kesukarelawanan berteraskan pelancongan.


Tambahnya, program sebegitu mampu memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang keindahan dan kekayaan budaya tempatan seterusnya menjadikan mereka duta pelancongan yang berkesan dalam mempromosikan Alor Setar dan Negeri Kedah


"Kita sedar ada kalangan yang meremehkan permainan-permainan tradisional seperti congkak, batu seremban, tarik upih dan sebagainya. 

"Ini terjadi kerana mereka tidak melihat nilai warisannya, mereka tidak nampak kaitannya dengan jati diri dan hubungannya dengan sejarah dan masa hadapan," kata beliau. 

Dalam masa yang sama, Salleh turut menyatakan penghargaannya kepada Datuk Bandar Alor Setar atas kejayaan meraih anugerah ASEAN Clean Tourist City Standard di peringkat kebangsaan. 

Kejayaan itu katanya seiring dengan hasrat kerajaan negeri Kedah untuk menjadikan kebersihan sebagai elemen tarikan pelancong.

"Saya amat berharap kita dapat bersama-sama membantu industri pelancongan negeri ini dengan menjaga kebersihan dan keindahan khususnya tempat-tempat yang menjadi tumpuan pelancong," katanya.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan