108 penduduk Gurun terima Beras Sejahtera
108 penduduk Gurun terima Beras Sejahtera GURUN – Seramai 108 penduduk DUN Gurun terima bantuan beras Sejahtera di Maahad Tahfiz Ahmadiah dan di rumah seorang penduduk, Anuar, semalam. Penerima ini melibatkan penduduk Majlis Ketua Kampung (MKK) Bedong, MKK Kampung Masjid, MKK Sungai Tok Pawang, MKK Sungai Puntar, MKK Kampung Baru dan MKK Pulau Chengai. Sumbangan ini disampaikan oleh ADUN Gurun, YB Baddrol Bakhtiar. Program Beras Sejahtera merupakan salah satu inisiatif daripada Kerajaan Negeri Kedah yang diberikan kepada mereka yang memerlukan dalam DUN di negeri Kedah. YB Baddrol berkata, bantuan beras ketika harga beras melambung tinggi di pasaran sangat membantu meringankan beban orang kampung yang majoritinya tidak mempunyai pendapatan tetap. Beliau berharap dengan sumbangan ini dapat meringankan bebanan penerima sekeluarga. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 7/25/2024, 12:00:30 PM
Post a Comment