Header Ads

test

3200 PEKERJAAN DITAWARKAN PADA HARI KARNIVAL KERJAYA DAN HARI TVET



SUNGAI PETANI - Lebih 3,200 peluang pekerjaan ditawarkan dalam pelbagai sektor industri kepada rakyat negeri Kedah dalam Karnival Kerjaya Dan Hari TVET Peringkat Negeri Kedah Tahun 2024.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India & Siam dan NGO, YB Wong Chia Zhen berkata Karnival Kerjaya ini merupakan usaha Kerajaan Negeri yang berterusan dalam memastikan pencari kerja dan pelajar lepasan SPM mendapat peluang pekerjaan dan peluang untuk melanjutkan Pelajaran dalam bidang Kemahiran yang diminati.

Tambahnya, program ini turut mendapat kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) MYFUTUREJOBS dan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah serta turut disokong oleh Jabatan dan Agensi Kerajaan dan Syarikat Swasta.

"Kerjasama sebeginilah yang kita inginkan dan ia akan terus dilaksanakan dalam pelbagai inisiatif berkala. 

"Kita mahu bergerak dalam satu tekad kerjasama antara agensi-agensi kerajaan negeri dan persekutuan dalam isu nasional khususnya hal yang berkaitan Kebajikan rakyat dalam kebolehpasaran kerja dan isu pengangguran dapat dikurangkan."

Beliau berkata demikian dalam Majlis Perasmian Karnival Kerjaya Dan Hari TVET Peringkat Negeri Kedah Tahun 2024 bertempat di Dewan Kenangan Majlis Perbandaran Sungai Petani di sini hari ini.


Jelasnya, antara majikan yang menyertai Karnival Kerjaya pada hari ini adalah AT&S Austria Technologie & SystemTechnik (Malaysia), 99 Speedmart, FUJI Electric, Aurelius Hospital Alor Setar, The Coffee Bean & Tea Leaf dan banyak lagi.

Menurut beliau lagi, institusi Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional (TVET) turut dijemput menawarkan pelbagai peluang untuk menceburi diri dalam bidang Kemahiran terutamanya kepada pelajar lepasan SPM. 

Di samping itu, Institusi Pendidikan Tinggi di bawah Kerajaan Negeri Kedah iaitu Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Hamid (UNISHAMS) dan Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) turut menawarkan


peluang kepada anak-anak Kedah untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang yang diminati.

"Penganjuran Karnival Kerjaya ini diharapkan dapat mencapai objektifnya dengan membuka peluang kepada pemain-pemain industri dan syarikat swasta untuk bertemu dengan masyarakat serta menyampaikan maklumat mengenai keperluan syarikat dan peluang pasaran kerja yang ditawarkan. 

"Sekali gus memberi manfaat kepada kesejahteraan rakyat di negeri ini dan menyumbang kepada perkembangan sektor industri dan pengukuhan sosio-ekonomi negeri Kedah," katanya.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan