56 WARIS TERIMA BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN
56 WARIS TERIMA BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN BUKIT SELAMBAU - Seramai 56 waris DUN Bukit Selambau menerima sumbangan khairat kematian bernilai RM500. ADUN Bukit Selambau, YB Ustaz Azizan Hamzah berkata, waris perlu membuat permohonan dalam tempoh tiga bulan selepas tarikh kematian. "Pemohon hanya perlu membawa salinan kad pengenalan waris, salinan nombor telefon dan pastikan waris beralamat di dalam negeri Kedah. Yang terakhir adalah salinan sijil kematian," ujarnya. Jelasnya, setelah selesai permohonan perlu dihantar ke Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bukit Selambau. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 7/23/2024, 11:35:32 AM
Post a Comment