Semalam ADUN Anak Bukit, YB Rashidi Razak menziarahi Mak Cik Embon Ariffin yang tinggal berdua dengan anaknya, Mazirah Marzuki di Kampung Mergong Tengah.
Mak Cik Embon merupakan Guru al-Quran Kampung manakala anaknya yang berusia 53 tahun cacat kaki akibat kemalangan.
"YB saya nk minta cermin mata, mata saya kabur tak nampak nak baca quran pon tak boleh. Nak pi mana pon tak boleh, kaki tak boleh bergerak,” keluh Mazirah.
"Insha Allah saya akan tolong,” ujar YB Rashidi.
Alhamdulillah, semalam YB Rashidi menyampaikan bantuan kerusi roda bagi memudahkan Mazirah bergerak untuk rawatan ke hospital.
Sumbangan bakul makanan dan Beras Sejahtera turut disampaikan bagi meringankan beban mereka berdua.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
#UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA
Post a Comment