Semalam, ADUN Derga, YB Muhamad Amri Wahab mengiringi Exco Pertanian, YB Haji Dzowahir ke lawatan kerja di Kebun Durian Napoh.
Lawatan ini memberi peluang untuk melihat secara dekat perkembangan tanaman durian yang menjadi pilihan masyarakat tempatan.
Selain itu, mereka turut melawat kebun tanaman buah Rock Melon dan anggur yang menunjukkan hasil yang memberangsangkan.
Mereka juga berkesempatan melawat kilang pembuatan daging oblong yang memperlihatkan proses penghasilan makanan tersebut secara lebih mendalam.
Lawatan ini memberi lebih ruang dalam memahami potensi dan cabaran yang dihadapi oleh para petani dan pengusaha tempatan.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA
Post a Comment