ADUN PEDU RAI 26 PELAJAR CEMERLANG SPM
PEDU - ADUN Pedu, YB Mohd Radzi Md Amin meraikan 26 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di dalam DUN Pedu, baru-baru ini.
Katanya, majlis sebegini perlu diadakan supaya dapat menjadi sumber inspirasi kepada remaja lain untuk berusaha mencapai kejayaan yang lebih baik.
"Sumbangan ini mungkin tidak besar tapi ini adalah sebagai tanda ingatan atas usaha mereka dalam meraih kejayaan ini.
“Kejayaan yang mereka bawa ini juga diharapkan berterusan sehingga kerjaya dan akhir sekali boleh berkhidmat di Negeri Kedah dan di Pedu khususnya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Meraikan Kejayaan Pelajar Cemerlang SPM di Pejabat PKWR Pedu, baru-baru ini.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
Post a Comment