Header Ads

test





 ADUN Anak Bukit, YB Rashidi Razak menyampaikan sumbangan Khairat Kematian (i-Kafalah) kepada 53 orang waris si mati DUN Anak Bukit, baru-baru ini. 

Beliau juga sempat memberi penerangan tentang beberapa inisiatif yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Kedah kepada rakyat.  

Antaranya ialah i-Bakipt dan Tabung Tengku Mahmud untuk anak-anak yang akan memasuki universiti. 

Selain itu, terdapat juga Bantuan Pesakit Terlantar melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, sumbangan Beras Sejahtera serta sumbangan daripada Pejabat Zakat dan pelbagai lagi kemudahan yang disediakan.  

Semua bantuan ini dapat dinikmati oleh semua rakyat tidak kira agama, bangsa dan parti politik selari dengan slogan ‘Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua’.  

Turut hadir, Pegawai Khas Ramli Shafie dan Shahrul Anuar Haron serta Ahli Jawatankuasa Pusat Khidmat Wakil Rakyat.  

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan