ADUN Bandar Baharu, YB Ts Dr Mohd Suffian Yusoff hadir ke Kampung Relau untuk bersama penduduk dalam Program Gotong Royong mencuci kolam air masyarakat.
Katanya, kolam itu membekalkan sumber air alternatif kepada 200 buah rumah penduduk yang melibatkan beberapa buah kampung dalam Mukim Relau.
Beliau juga meminta Jawatankuasa Air Masyarakat dan MKK mengemukakan permohonan kepada Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) untuk pembinaan kolam dan pemasangan paip baru.
Dr Suffian berharap agar semangat gotong royong seperti ini perlu kerap dilaksanakan bagi melahirkan masyarakat yang 'ringan tulang' membantu aktiviti bersama komuniti.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA
Post a Comment