𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 𝗠𝗨𝗙𝗧𝗜 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗦𝗔𝗥 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗧𝗨𝗣𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗘𝗠𝗜𝗦 𝗝𝗨𝗗𝗜
𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 𝗠𝗨𝗙𝗧𝗜 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗦𝗔𝗥 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗧𝗨𝗣𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗘𝗠𝗜𝗦 𝗝𝗨𝗗𝗜 الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد: Dengan ini, saya menyokong usaha-usaha murni yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman untuk menzahirkan kehidupan masyarakat yang harmoni dan sejahtera termasuk penutupan premis judi. Implikasi aktiviti judi ini akan mengundang kemurkaan Allah S.W.T., menggugat keharmonian institusi keluarga, meruntuhkan struktur sosial masyarakat dan perseteruan dalam komuniti. Penutupan premis judi dalam negeri ini menepati konsep Maqasid Syar'iyyah berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al Maidah ayat 91: إِنَّمَا يُرِيدُ ٱلشَّيْطَـٰنُ أَن يُوقِعَ بَيْنَكُمُ ٱلْعَدَٰوَةَ وَٱلْبَغْضَآءَ فِى ٱلْخَمْرِ وَٱلْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَن ذِكْرِ ٱللَّهِ وَعَنِ ٱلصَّلَوٰةِ ۖ فَهَلْ أَنتُم مُّنتَهُونَ Maksudnya : Sesungguhnya syaitan itu hanya hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu melalui arak dan judi, dan hendak memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada hendak mengerjakan sembahyang. Maka tidakkah kamu mahu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu) Sementara pihak kerajaan dalam melaksanakan tanggungjawab ini merujuk kepada Qaedah Fiqhiyyah; "تصرف الإمام على الرعية منوط بالمصلحة" Maksudnya; Tindakan yang dilaksanakan oleh kerajaan (pemerintah) ke atas rakyat adalah berasaskan kepada maslahah. Justeru, saya menyeru seluruh umat Islam khususnya di Negeri Kedah Darul Aman agar dapat mengelak diri daripada terjebak dalam aktiviti perjudian ini kerana ia adalah "racun" pemusnah masa depan ummah. حسبنا الله ونعم الوكيل، نعم المولى ونعم النصير. DATO' PADUKA SYEIKH FADZIL B. HJ. AWANG, DPSS., DSDK., AMK., BCK. Mufti Negeri Kedah Darul Aman 15 Julai 2024 bersamaan 9 Muharam 1446. Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman -UPDA 7/15/2024, 4:11:40 PM
Post a Comment