Header Ads

test

DURIAN AGRO TOURISM FEST







Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin menghadiri Majlis Perasmian Penutup Durian Agro Tourism Fest di Dataran Bandar Baharu, Bandar Baharu.

Penganjuran Durian Agro Tourism Fest Bandar Baharu 2024 di Dataran Bandar Baharu yang berlangsung dari 11 hingga 14 Julai 2024 dilihat sebagai acara tahunan yang mampu mengangkat Bandar Baharu sebagai destinasi pelancongan agro.

Berangkat hadir sama Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin.

Dalam pada itu, Raja Muda Kedah turut mencemar duli menyempurnakan Gimik Perasmian Penutup Durian Agro Tourism Fest Bandar Baharu 2024 yang berlangsung selama empat hari.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Seri Norizan Khazali; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan, YB Haji Dzowahir Haji Ab Ghani; Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar Baharu, Ts. Dr. Mohd Suffian Yusoff; Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Roslan Hashim; Pegawai Daerah Bandar Baharu, Mohd Noor Ismail; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Fauzi Mustaffa; Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri;  Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta pengamal media. 

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan