Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Kos Sara Hidup, Belia Dan Sukan, YB Muhammad Radhi Md Din merasmikan Penutup Kursus Gunting Rambut di Hotel Darulaman Jitra anjuran Pejabat EXCO Belia dan Sukan Negeri kedah, Kelab Belia Perihatin Merbok, dan AMZ Iqtisod Resources.
Seramai 20 orang peserta telah diberi latihan selama dua hari dan peserta diberikan sijil penyertaan beserta barangan asas gunting rambut.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta kaedah dan teknik mengunting rambut yang betul dan tepat dan kaedah asas keusahawan.
Selain itu, program ini juga bertujuan memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada peserta untuk menjadi usahawan gunting rambut yang Berjaya sama ada sepenuh masa atau separuh masa.
Hadir sama Ahli Majlis Perbadanan Kubang Pasu dan Pengerusi AMZ Iqtisod Resource, Ustaz Zulhazmi Osman; Pengerusi Kelab Belia Perihatin Merbok, Sharwan Ahmad Mahmud dan Pengarah Sekretariat Belia Sejahtera Kedah, Ustaz Saiful Syazwan Shafie.
Post a Comment