Header Ads

test





 Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria menghadiri program Titian Muhibbah Masyarakat yang dianjurkan bersama penduduk dan pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman (UNITAR). 

Program ini diadakan di Surau Keda Pasir Puteh Tualak dengan tujuan mengeratkan lagi hubungan antara penduduk setempat dan pelajar universiti.

Dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan ucapan nasihat kepada para hadirin, menekankan kepentingan perpaduan dan kerjasama dalam masyarakat.

Beliau turut menyerahkan sedikit sumbangan sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam program ini.

#UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA

Tiada ulasan