Header Ads

test





 Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin mewakili YAB Menteri Besar Kedah bagi merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Pekan Rabu Alor Setar Berhad Kali Ke-61 di Dewan Utama Ukir Mall Alor Setar.

Dalam ucapan beliau menyeru kepada seluruh peniaga Pekan Rabu bersiap siaga menyambut kehadiran pelancongan dan pelawat sempena Tahun Melawat Kedah 2025.

"Jadikan TMK 2025 sebagai peluang bagi menambah kepelbagaian produk, meningkatkan kualiti, menawarkan harga yang berpatutan dan menyediakan layanan mesra yang terbaik sebagai tanda ingatan mesra  pelancongan dan pelawat apabila berkunjung ke Negeri Kedah," ujarnya.

Hadir bersama Pengerusi Koperasi Pekan Rabu Alor Setar Berhad, Haji Mohamed Jalaludin Mohd Noor; Penolong Pengarah SKM Negeri, Roziati Ibrahim; Pengerusi Perhubungan Angkasa Negeri Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh; Timbalan Pengarah IKMa Zon Utara, Norafidah Ismail serta Ahli Lembaga Koperasi. 

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA

Tiada ulasan