Header Ads

test




 Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin menghadiri mesyuarat dengan Persatuan Hotel Kedah/Perlis di Bayview Hotel, Langkawi.

Pertemuan itu sarat dengan perkongsian, baik berupa idea mahupun perkara-perkara berbangkit yang perlu ditangani.

Tidak kira bagaimana bentuknya, ia bergerak atas premis yang sama iaitu bagi menambah baik perkhidmatan dan menaik taraf apa yang perlu demi merancakkan lagi sektor pelancongan di pulau yang menjadi 'permata' Kedah ini, lebih-lebih lagi menjelang Tahun Melawat Kedah 2025.

Dari Bayview beliau dibawa ke Maha Tower untuk menyaksikan matahari terbenam dan lembayung senja yang keindahannya sangat mempesona. 

Beliau turut berkesempatan bertemu dengan pengusaha perkhidmatan feri, Wong Sie Kiong untuk mengenal pasti langkah dan tindakan bagi meningkatkan lagi perkhidmatan feri di Langkawi.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan