Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan, YB Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Pekebun Kecil kali ke-41 Daerah Kulim Berhad bertempat di Dewan Bandaran Kulim.
Mesyuarat ini menyaksikan perbincangan mendalam mengenai pencapaian koperasi sepanjang tahun lalu serta cabaran yang dihadapi.
Pelbagai usul dan cadangan telah dibentangkan untuk meningkatkan keberkesanan serta manfaat koperasi kepada ahli-ahli.
Perwakilan juga diberi peluang untuk mengemukakan pandangan dan maklum balas.
Keseluruhan mesyuarat berjalan dengan lancar, memperlihatkan komitmen tinggi daripada semua pihak dalam memastikan kemajuan koperasi.
#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA
Post a Comment