KARNIVAL KEBAJIKAN HAIWAN NEGERI KEDAH 2024: PUPUK KESEDARAN DAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA
ALOR SETAR - Masyarakat perlu dididik bersifat ihsan dan kasih sayang terhadap haiwan serta memupuk kesedaran supaya menjadi pemilik yang bertanggungjawab.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan, YB Dzowahir Ab Ghani berkata kefahaman yang betul mengenai kebajikan haiwan tidak terhad kepada haiwan kesayangan seperti kucing dan anjing malah juga melibatkan haiwan ternakan.
"Persepsi ini perlu dibetulkan dengan kerana kebajikan haiwan dalam ternakan juga adalah sama penting seperti menjaga kebajikan haiwan kesayangan ini.
"Menjadi kewajipan manusia untuk memberi perlindungan, penjagaan yang baik, sentiasa ada belas kasihan dan memastikan makan minum yang cukup kepada haiwan, menghindar dari kezaliman, melindungi dari kecederaan dan menyediakan tempat tinggal yang sesuai," katanya.
Dzowahir berkata demikian ketika merasmikan Karnival Kebajikan Haiwan 2024 di Taman Jubli Emas hari ini di sini.
Setiap individu katanya bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan haiwan termasuk memberi perlindungan, makanan yang cukup serta menghindari kezaliman dan kecederaan.
Karnival itu bertujuan untuk memberi informasi yang jelas mengenai pengurusan ternakan dan kebajikan haiwan kepada penternak serta semua pemegang taruh.
Tambah beliau, karnival itu juga diharapkan dapat menarik minat anak-anak muda untuk menceburi bidang penternakan demi menjamin keterjaminan makanan negara.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA
Post a Comment