Header Ads

test

LOJI RAWATAN AIR (LRA) LUBOK BUNTAR LAMA SIAP 74.2 PERATUS





Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria memaklumkan bahawa LRA Lubok Buntar Lama telah siap 74.2 peratus.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan di LRA Lubok Buntar Lama, pagi ini.

Projek yang dilaksanakan oleh United AAD Sdn Bhd bernilai RM 51.999 juta dijangka siap pada hujung tahun ini.

Loji rawatan air yang sedang beroperasi pada masa ini berkapasiti 25 juta liter sehari (MLD). Setelah selesai proses naik taraf, kapasiti loji lama bakal beroperasi semula dengan 34MLD. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kapasiti pengeluaran air di kedua-dua loji tersebut sebanyak 59MLD.

Katanya, hal ini selaras dengan kenyataan YAB Menteri Besar bahawa terdapat lebihan air terawat daripada  LRA tersebut untuk dibekalkan kepada Pulau Pinang sekiranya diperlukan.

Semoga  projek ini berjalan lancar dan siap untuk membekalkan bekalan air kepada rakyat.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan