Header Ads

test

LRA JENUN BARU DIJANGKA SIAP TAHUN INI


LRA JENUN BARU DIJANGKA SIAP TAHUN INI PENDANG – Projek menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Jenun Baru dijangka siap sepenuhnya tahun ini. Kerja-kerja menaik taraf LRA Jenun Baru itu bagi meningkatkan kapasiti dari 55MLD kepada 110MLD melibatkan beberapa komponen utama seperti pembinaan tangki Bukit Jambul, tangki air Menara Sadaka, rumah pam dan tangki sedutan serta tangki air Tanjung Jaga. Sistem pam pengalak juga dinaik taraf dalam usaha berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohammad Yusoff @ Munir Haji Zakaria, melaporkan bahawa kemajuan kerja LRA Jenun Baru kini mencapai 96 peratus mengikut jadual. Projek itu menurut beliau telah menerima Lanjutan Masa (EOT) sebanyak tiga kali dan EOT terakhir dijadualkan pada bulan Oktober 2024. Antara cabaran yang dihadapi termasuk penempatan penduduk di atas rezab jalan dan perubahan jajaran pemasangan paip ke lokasi lain. "Kerja-kerja dijangka siap mengikut jadual walaupun masa yang diberi hingga bulan Oktober. Kami yakin projek ini dapat disiapkan dalam tahun ini," kata Mohammad Yusoff semasa lawatan ke tapak projek LRA Jenun Baru hari ini. Tambahnya, keutamaan kontraktor sekarang adalah untuk menyiapkan struktur di tapak loji dan pemasangan paip air. Beliau juga berharap apabila pemasangan siap, ia akan membekalkan air kepada kawasan Pendang, Sendaka, dan Tanjung Jaga, Yan. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #LRAJenun -UPDA 7/23/2024, 3:55:30 PM 

Tiada ulasan