Header Ads

test






 SIDANG MEDIA


PENGERUSI JAWATANKUASA KERAJAAN TEMPATAN NEGERI KEDAH

KHAMIS / 11 JULAI 2024

Maklumat Berhubung Lesen Premis Perjudian di Negeri Kedah

PENDAHULUAN

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah telah membuat keputusan bahawa tidak membenarkan lesen bagi premis perjudian yang beroprasi di negeri kedah disambung lagi berkuatkuasa pada 1 Januari 2023.

Semasa sessi sidang media yang diadakan pada 14 November 2021, (selepas Sidang DUN Pembentangan Belanjawan 2022), Menteri Besar Negeri Kedah telah mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri tidak lagi membenarkan PBT untuk meluluskan lesen premis kepada mana - mana premis perjudian di negeri ini.

Selamat dengan pengumuman tersebut, MMK juga telah bersetuju supaya semua PBT Negeri Kedah tidak memperbaharui lesen premis kepada semua premis perjudian di Negeri Kedah.

Sebelum keputusan MMK dibuat, Kerajaan Negeri juga telah mengadakan perbincangan bersama Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) bagi mengetahui status lesen perjudian tersebut. *Umum diketahui bahawa MOF adalah satu - satunya agensi yang meluluskan lesen perjudian, manakala kerajaan negeri boleh mengeluarkan dasar kepada PBT bagi pengawalan lesen premis sahaja.*

Setelah mengambil kira implikasi undang - undang, kerajaan negeri telah bersetuju supaya semua lesen premis perjudian iaitu Ejen Agensi Nombor Ramalan (NFO) dan kelab persatuan di Negeri Kedah diberhentikan sehingga 31 Disember 2022 iaitu tarikh tamat tempoh yang sama seperti MOF.

Tempoh persediaan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pengusaha lesen untuk mencari alternatif perniagaan lain yang bersesuaian untuk kelangsungan pendapatan.

*sebanyak 45 lesen premis perjudian bagi NFO yang telah dikeluarkan kepada PBT, dan pada ketika itu hanya 1 lesen premis perjudian yang tidak beroperasi dan telah ditutup.*

*Melalui bidang kuasa PBT kita telah membuat pemakluman kepada Pentadbiran Daerah, pihak PDRM dan lain - lain agensi berkaitan supaya membuat pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan Negeri Kedah tiada aktiviti perjudian menjelang 1/1/2023.*

*Pihak Kerajaan Negeri Kedah melalui bidang kuasa PBT negeri tetap tidak bersetuju untuk membenarkan premis perjudian beroprasi di negeri Kedah kembali. Saya sekali lagi menegaskan bahawa PBT (pihak berkuasa tempatan negeri Kedah) boleh menguatkuasakan peruntukan undang-undang kecil dibawah PBT itu sendiri dan ia juga selari dengan perundangan yang sedia ada.*

Namun begitu, kita memberi ruang untuk dibaca di mahkamah rayuan serta saya berharap rayuan ini berjaya, kerana notis rayuan telah dipanjangkan kepada mahkamah rayuan pada 24 Jun 2024 dan notis penangguhan pelaksanaan keputusan mahkamah pada 4 Julai 2024 berikutan Mahkamah Tinggi Alor Setar telah membatalkan larangan pembaharuan lesen perjudian ini. 

*Berikut adalah namanama syarikat yang telah membuat bantahan di mahkamah tinggi Alor Setar.*

(1) STM Lottery Sdn Bhd

(2) ENE (Penang) Sdn Bhd

(3) Everyday Dollars Sdn Bhd

(4) Tiara Tiers (M) Sdn Bhd

(5) Swift Wizard Systems Sdn Bhd

(6) Golden Instincts (M) Sdn Bhd

Sekian terima kasih.

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan