Header Ads

test

PEMBENIHAN AWAN: STABILKAN PARAS AIR SUNGAI MUDA


PEMBENIHAN AWAN: STABILKAN PARAS AIR SUNGAI MUDA ALOR SETAR – Usaha pembenihan awan akan dilaksanakan dalam masa terdekat sebagai langkah menstabilkan paras air di Sungai Muda. Langkah itu diambil susulan pelepasan air daripada Empangan Beris yang dilakukan bagi mengatasi kekurangan air yang kritikal. Permintaan untuk pembenihan awan berkenaan menurut Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor dibuat oleh Lembaga Sumber Air Negeri Kedah, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda dan Syarikat Air Darul Aman dan akan dilaksanakan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Sebanyak tiga kali pembenihan awan akan dilakukan untuk memastikan paras air Sungai Muda kembali ke tahap yang stabil. Jelas beliau, tindakan itu perlu bagi memastikan bekalan air bersih kepada Pulau Pinang dan Kedah tidak terjejas. "Kita bersimpati dengan situasi jiran kita (Pulau Pinang), khususnya di muka sauk di Lahar Tiang yang mengalami kekeringan. "Pelepasan air secara berkala dari Empangan Beris akan diteruskan sehingga paras air stabil," katanya ketika sidang media selepas Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini hari ini. Situasi itu juga mengesahkan bahawa Pulau Pinang sangat bergantung kepada Kedah untuk bekalan air bersih. "Kita akan terus berusaha memastikan keperluan air bersih untuk kedua-dua negeri ini dapat dipenuhi," tambahnya. Pembenihan awan dijangka akan membantu menambah jumlah air di Sungai Muda melalui proses hujan buatan. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MBKedah -UPDA 7/24/2024, 5:28:04 PM 

Tiada ulasan