Header Ads

test

PENDEKATAN YANG HOLISTIK, MAMPU TANGANI KRISIS DALAM MASYARAKAT




KULIM -Pelbagai isu kemasyarakatan 

yang berlaku kini perlu di atasi dengan pendekatan yang holistik dan menyeluruh. 

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan, YB Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali, pendekatan yang bersepadu itu boleh membantu mengurangkan isu kemasyarakatan yang berpunca dari keluarga dan memperkukuhkan institusi keluarga dalam masyarakat. 

"Saya amat berharap akan ada perubahan dari segi pembangunan keluarga terutama anak-anak kita yang akan menjadi pewaris di masa hadapan. 

"Bak kata pepatah nak tengok negara maju, kita tengok anak muda hari ini, baik dan berjayanya mereka itulah masa depan negara di masa hadapan," ujar beliau dalam Perasmian Program Karnival Mahabbah Komuniti Madani Tahun di Masjid Al-Ittihad Sungai Kob, di sini hari ini.

Jelasnya lagi, pembersihan jiwa dan rohani juga amat penting dan tidak hanya memberi kesan kepada individu, tetapi juga membawa perubahan positif kepada masyarakat secara keseluruhan. 

Katanya institusi masjid, Majlis Ketua Kampung, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), NGO dan ketua-ketua masyarakat perlu bersama memikul tanggungjawab masing-masing.

Tambah beliau, PEMADAM negeri Kedah dipelawa oleh JAKIM bagi melaksanakan karnival berkenaan sebagai platform bagi membantu masyarakat khususnya umat Islam dan juga dari pelbagai bangsa dan agama. 

"Tujuan sebenar karnival ini diadakan adalah sebagai pembuka pintu bagi daerah kulim, dan rakan-rakan strategi kita untuk terus melaksanakan program atau tindakan susulan selepas ini bersama PEMADAM serta jabatan atau agensi masing-masing. 

"Di pihak PEMADAM negeri akan terus memperkasakan pendidikan pencegahan dengan kerjasama melalui masjid-masjid di negeri Kedah," katanya lagi.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan