Header Ads

test

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakar...


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria hadir ke Hari Ladang, Tekno Padi dan Padang Terap Agro Festival 2024 anjuran Pejabat Pertanian Daerah Padang Terap. Padang Terap Agro Festival 2024 bertujuan untuk mempromosikan hasil pertanian tempatan serta memberi platform kepada usahawan IKS untuk memperkenalkan produk mereka kepada masyarakat. Festival ini diharap dapat meningkatkan kesedaran dan sokongan terhadap industri pertanian dan IKS di daerah Padang Terap. Beliau berkesempatan untuk melawat pameran yang disediakan seperti pameran durian tempatan dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) berasaskan pertanian. Acara ini berlangsung di perkarangan Pejabat Pertanian Padang Terap dan mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 7/1/2024, 12:00:49 PM 

Tiada ulasan