Header Ads

test




Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria kunjungan daripada wakil dari syarikat Reservoir Link,Zulkifli bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan dengan tenaga solar dan potensi pelaksanaannya di negeri Kedah.

Dalam perbincangan tersebut, Zulkifli menyatakan hasratnya sebagai anak jati Kedah untuk berbakti kepada negeri kelahirannya. 

Beliau turut berkongsi beberapa cadangan projek tenaga solar yang dirangka untuk memajukan infrastruktur tenaga bersih di negeri ini.

Menurutnya inisiatif ini bukan sahaja bertujuan untuk menyumbang kepada kemajuan ekonomi Kedah, tetapi juga untuk mempromosikan penggunaan tenaga lestari yang lebih mesra alam. 

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan