Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India & Siam dan NGO, YB Wong Chia Zhen hadir ke Selangor International Business Summit 2024 untuk memberi sokongan kepada PAVILLION KEDAH yang memaparkan pelbagai informasi pelaburan di Negeri Kedah. Antara kekuatan yang dapat ditawarkan oleh kerajaan negeri seperti bekalan utiliti yang stabil, fasiliti kemudahan yang lengkap, perkhidmatan kerajaan tempatan yang cekap dan berkesan, kemesraan penjawat awam dan sebagainya. Beliau yakin dibawah kepimpinan Menteri Besar, pembangunan Kedah berada di landasan yang betul. Selain meningkatkan hasil cukai, ia juga dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, seterusnya meningkatkan prestasi ekonomi Kedah. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 7/28/2024, 3:32:13 PM
Post a Comment