Header Ads

test

Rangkuman Program YAB Menteri Besar Negeri Kedah Jun 2024





Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor, melaksanakan pelbagai program dan pertemuan penting sepanjang bulan Jun 2024.

                                            

Pada 2 Jun 2024, beliau menghadiri Hari Bumi Peringkat Negeri Kedah, diikuti dengan Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Kedah dan Mesyuarat BOD UIDA pada 5 Jun 2024. Pada 8 Jun, beliau turut serta dalam acara Fun Ride "The Greater Kedah".


Pada 9 Jun, beliau menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, diikuti dengan kunjungan hormat daripada Pengarah Majlis Keselamatan Negeri Kedah pada hari yang sama. Beliau juga menerima kunjungan hormat daripada Delegasi Henan Airport Group (HNAG) dan Time Dotcom Sdn. Bhd. serta Junior Chamber International Kulim (JCI Kulim) pada 10 Jun.


Pada 12 Jun, berlangsung Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Kedah serta acara Cabutan Kerja Undi Fasa 2 Tahun 2024. Kunjungan hormat diteruskan dengan Pengarah SPRM Kedah pada 13 Jun 2024. Pada hari yang sama, beliau turut menyertai Majlis Penyerahan Kunci Program Rumah Sejahtera Mukim Binjal, Daerah Kubang Pasu, Jitra.


Pada 17 Jun 2024, beliau melaksanakan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha Tahun 1445H. Aktiviti berterusan dengan Leaders Retreat pada 20 Jun 2024 dan kunjungan hormat daripada Pengurus Besar KEDA serta World Renewable Energies Sdn. Bhd. pada 23 Jun 2024.


Pada minggu terakhir, Menteri Besar menghadiri Majlis Penyerahan Peruntukan kepada lapan buah sekolah SJKC dan hari yang sama merasmikan Majlis Anugerah Sanjung Ilmu Peringkat Negeri Kedah.


Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman yang ke-82, YAB Menteri Besar mengiringi DYMM Tuanku Sultan dalam Majlis Bacaan Yassin. Beliau juga berkesempatan menghadiri Istiadat Perbarisan dan Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah Kebesaran serta Bintang Kebesaran Tuanku Sultan sempena Hari Keputeraan DYMM yang ke-82.

Tiada ulasan