Header Ads

test

110 Terima Anugerah Dari KDYMM Tuanku Sultan Kedah



Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha Binti Almarhum Tengku Ariff, Sultanah Negeri Kedah Darul Aman perkenan berangkat ke Majlis Istiadat Penganugerahan Bintang-Bintang Dan Pingat-Pingat Kebesaran Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Ke-82.


Turut berangkat hadir, Tuanku Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Puan Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff; Tunku Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tunku Puan Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Che Puan Nur Julie Ariff; Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah bersama Yang Teramat Mulia Toh Puan Bendahara Kedah dan Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong Kedah.


Hadir sama Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor dan Isteri, Tok Puan Hajjah Jusmalailani Jusoh; Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Haji Norizan Khazali dan Isteri, Datin Seri Norhasni Ishak.



Seramai 110 orang telah menerima anugerah daripada Tuanku Sultan. Penganugerahan hari ini terdiri daripada, Ahli Mahkota Kedah (A.M.K), Ahli Setia Pahlawan (A.S.P), Bintang Perkhidmatan Cemerlang Kedah (B.C.K) dan Bintang Kebaktian Masyarakat (B.K.M).


Tiada ulasan