Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Negeri Kedah, YB Dato' Hajjah Halimaton Shaadiah Saad menyampaikan taklimat kepada Pengerusi MKK di dalam DUN Bukit Kayu Hitam mengenai pelbagai Inisiatif Kerajaan Negeri Kedah untuk disampaikan kepada penerima penerima yang layak di dalam Dun Bukit Kayu Hitam di Pusat Khidmat Taman Jelutung, Changlun. Beliau turut menyampaikan sumbangan Beras Sejahtera sebanyak 200 pek untuk disampaikan kepada mereka yang memerlukan melalui Pengerusi MKK masing-masing. Antara bantuan-bantuan yang disediakan oleh kerajaan negeri Kedah adalah Tabung Sejahtera Negeri Kedah, Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar Negeri Kedah, Sumbangan Khairat Kematia, Bantuan Awal Kemasukan IPTA(iBAKIPT), Tabung Tunku Mahmud, Bantuan Beras Sejahtera dan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat secara bulanan atau one off. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" -UPDA 7/22/2024, 6:01:04 PM 

Tiada ulasan