Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman, berkenan berangkat ke majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Kedah 1446 Hijrah di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman. KDYMM Sultan Kedah turut berkenan menyampaikan Titah Diraja dan anugerah Tokoh Maal Hijrah pada majlis tersebut. Anugerah Tokoh Maal Hijrah Kedah dianugerahkan kepada Dato' Haji Taib Azamudden Md Taib. Manakala, Anugerah Masjid Terbaik Kategori Luar Bandar menjadi milik Masjid Nurul Iman, Galau, Sik dan Anugerah Masjid Terbaik Kategori Bandar pula Masjid Tunku Sallehuddin, Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani. Hadir mengiringi Baginda Tuanku Sultan Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin. Hadir sama Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Muhammad Sanusi Md. Nor; Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Seri Norizan Khazali dan Mufti Negeri Kedah, Dato' Paduka Sheikh Fadzil Awang. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MBKedah -UPDA 7/7/2024, 2:12:07 PM 

Tiada ulasan