Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


LAWATAN KE EMPAT MUZIUM 'Duduk meraut ranjau, tegak meninjau jarah' Itulah pendekatan yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam mengatur persiapan bagi menjayakan Tahun Melawat Kedah 2025 (TMK 2025). Tidak ada erti penat, yang ada kobaran semangat dan setiap aspek diteliti, setiap perkara diperinci. Sejajar dengan pendekatan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin selaku Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman mengadakan lawatan ke empat buah muzium yang terletak di bawah Lembaga Muzium Negeri Kedah iaitu Muzium Padi Kedah, Muzium Kesultanan Kedah, Muzium Diraja dan Muzium Negeri Kedah. Lawatan tersebut bertujuan meninjau kesiapsiagaan muzium-muzium berkenaan bagi menyambut TMK 2025. Alhamdulillah hasil tinjauan mendapati semuanya berada pada tahap yang sangat memuaskan. Turut bersama dalam lawatan itu ialah EXCO Kebajikan, Wanita, Keluarga & Masyarakat YB Dato' Hajjah Halimaton Saadiah Saad; Timbalan Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Kedah, YB Abdul Ghafar Saad; Pengarah Muzium Negeri, Mohd Suhaidi Shukri; Ahli-Ahli Lembaga Muzium Negeri Kedah, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri, Wakil Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri dan Wakil Jabatan Kerjaraya Negeri. Sebagai usaha memastikan para pelawat dan pelancong yang berkunjung ke muzium-muzium tersebut memperoleh pengalaman yang tidak dapat dilupakan, beliau turut memberikan beberapa cadangan dan pandangan dengan harapan ada di antaranya dapat diperhalusi dan dilaksana. "Saya yakin berkat kerjasama dan komitmen semua pihak matlamat untuk menjadikan TMK 2025 sebagai penanda aras baharu dalam sektor pelancongan di Kedah tidak sukar untuk dicapai," ujarnya. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 7/10/2024, 11:16:01 AM 

Tiada ulasan