Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin ke Ladang Mempelam Tobiar Gold yang dibangunkan oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). Ladang yang seluas 42 hektar ditanam dengan 10,000 pokok mempelam dari varieti Chokanan itu bukan sahaja popular di kalangan penggemar mempelam di negeri ini tetapi juga semakin menarik tumpuan pelawat dan pelancong. Pengunjung berpeluang menikmati kelazatan buah mempelam segar yang dipetik terus dari pokoknya. Turut disediakan untuk dinikmati ialah hidangan istimewa pulut mempelam berserta jus mempelam segar. Ladang itu juga menyediakan pelbagai kemudahan beraktiviti daripada berjalan, berbasikal dan menaiki trem sehinggalah memetik buah dan memancing di kolam. Di samping itu, tersedia juga kemudahan bermesyuarat dan menara tinjau bagi yang ingin menikmati pemandangan indah di kawasan sekitar. Beliau berkeyakinan penuh Ladang Mempelam Tobiar Gold itu mampu menjadi salah satu produk pelancongan bernilai tinggi yang wajar disenaraikan sebagai destinasi wajib singgah pada Tahun Melawat Kedah 2025 nanti. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 7/28/2024, 10:53:23 AM 

Tiada ulasan