Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria menerima kunjung hormat daripada Wakil Syarikat SFE Consultant Sdn Bhd dan Weststar Engineering di Wisma Darul Aman, Alor Setar. Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan cadangan pemasangan Lampu Solar Pintar di seluruh Negeri Kedah. Dalam pertemuan tersebut, beliau diberikan penerangan terperinci mengenai teknologi dan manfaat Lampu Solar Pintar yang dicadangkan. Langkah ini dilihat sebagai inisiatif penting dalam usaha meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di negeri ini. Weststar Engineering merupakan salah satu pemain utama dalam industri tenaga boleh diperbaharui di Malaysia. Kerjasama ini dijangka dapat mempercepatkan pelaksanaan projek-projek tenaga hijau dan menjadikan Kedah sebagai negeri contoh dalam penggunaan teknologi hijau di Malaysia. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 7/10/2024, 11:31:23 AM 

Tiada ulasan