Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Inovasi, YB Dr Haim Hilman Abdullah mempengerusikan mesyuarat bagi merangka program penganugerahan kepada industri di negeri Kedah. Tujuan penganugerahan itu diadakan adalah untuk mengenalpasti dan mengiktiraf sumbangan industri terhadap pembangunan ekonomi negeri. Program ini akan memberikan penghargaan kepada syarikat dan pelabur yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pelbagai aspek, termasuk inovasi, tanggungjawab sosial korporat, kelestarian alam sekitar dan pelbagai lagi. Usaha ini melibatkan pelbagai pihak, termasuk agensi kerajaan, sektor swasta dan badan bukan kerajaan, yang bekerjasama untuk memastikan bahawa persekitaran pelaburan di Kedah adalah kondusif dan menyokong pertumbuhan industri. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 7/15/2024, 10:56:07 AM
Post a Comment