Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Dato' Ustaz Mohd Azam Abd Samat menerima kunjungan hormat Persatuan Maahad Tahfiz Negeri Kedah (PETANDA) yang diketua oleh Pengerusi Maahad, Al-Fadhil Ustaz Idrus Ahmad bersama barisan AJK yang terdiri dari mudir-mudir Maahad Tahfiz Negeri Kedah. Pertemuan ini bertujuan mendengar penerangan berkaitan perkembangan Intitusi Tahfiz yang berada di negeri Kedah serta keperluan dan permasalah yang dihadapi oleh Institusi Tahfiz di Negeri Kedah khususnya untuk mendaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah. Beliau turut menyatakan usaha kerajaan negeri Kedah untuk terus menghargai pelajar tahfiz dengan menyampaikan anugerah khas bagi yang berjaya mendapat pangkat Mumtaz dan Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Tahfiz Malaysia dibawah JAKIM baru-baru ini. Semoga anugerah yang disampaikan dapat menarik lebih ramai anak-anak Kedah belajar Al-Quran dan menghafalnya. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 7/3/2024, 11:20:04 AM 

Tiada ulasan