Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Inovasi, YB Dr. Haim Hilman Abdullah menyampaikan sumbangan mangsa ribut, khairat kematian dan bantuan awal ke IPT kepada penduduk Jitra yang ditimpa musibah dan akan melanjutkan pengajian. Bantuan secara konsisten yang kerajaan negeri Kedah berikan ini diharapkan dapat meringankan beban kepada waris terlibat. Melalui slogan 'Kedah tempat orang miskin berteduh, orang kaya menabur bakti' ini maka terhasil negeri Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua. #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 7/22/2024, 12:30:31 PM
Post a Comment