Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan, YB Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali menghadiri Majlis Pelancaran Tahfiz TVET 3.0 sempena Majlis Graduasi Kolej KEDA di Dewan Konvokesyen Universiti Antarabangsa Albukhary, Alor Setar. Majlis dihadiri oleh Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YB Datuk Hajah Rubiah Haji Wang; Timbalan Pengerusi KEDA, YBhg. Dato' Wira Wan Ahmad Uzir Haji Wan Sulaiman dan Pengurus Besar KEDA, YBhg. Tuan Ismasuhaimi Shariff. Kolej KEDA memperkenalkan Tahfiz TVET@Kolej KEDA dengan memberi peluang kepada para tahfiz untuk mempelajari selok belok kemahiran. Ia merupakan sebuah program pengajian kemahiran jangka pendek (6 bulan) khusus untuk pelajar tahfiz dalam menyediakan modal insan berkemahiran untuk mengharungi alam pekerjaan kelak. Jumlah keseluruhan pelajar Program Tahfiz TVET@Kolej KEDA adalah seramai 152 pelajar (tahun 2021-2024) melibatkan 15 Pusat Tahfiz terpilih. Manakala, seramai 593 orang graduan Kolej KEDA (graduan dari tahun 2019-2023) menerima sijil masing-masing dalam Majlis Graduasi Kali ke-12 ini. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 7/15/2024, 3:09:03 PM 

Tiada ulasan