Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan, YB Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali hadir ke Majlis Penghargaan SPM, STPM dan STAM yang telah dianjurkan oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Merbau Pulas bertempat di Masjid Kampung Batu Puteh. Majlis yang dihadiri oleh 117 orang pelajar sekitar Dun Merbau Pulas ini tidak hanya meraikan kejayaan akademik mereka, tetapi juga sebagai bentuk penghargaan kepada usaha gigih mereka dalam mengejar ilmu serta penghargaan kepada ibu bapa yang telah berjaya mendidik anak-anak ini. Beliau berharap kejayaan mereka menjadi berkat dan memberi inspirasi kepada generasi muda untuk terus berusaha. Semoga majlis seperti ini dapat terus diadakan untuk meraikan pencapaian para pelajar dan usaha ini dapat dijadikan contoh yang baik dalam masyarakat. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 7/8/2024, 10:40:24 AM 

Tiada ulasan