Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Dalam usaha mempertingkatkan kemudahan asas rakyat, Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor, bersama agensi dan jabatan berkaitan, telah melawat tapak projek naik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Limau dan LRA Bukit Selambau hari ini. Komitmen tinggi ditunjukkan untuk memastikan kedua-dua projek ini siap mengikut jadual yang telah ditetapkan, iaitu LRA Sungai Limau pada Januari 2025 dan LRA Bukit Selambau pada April 2025. Turut serta dalam lawatan itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Seri Norizan Khazali; Timbalan Setiausaha, Dato' Haji Fauzi Mustaffa; Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohammad Yusoff @ Munir Haji Zakaria; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kesihatan, YB Mejar (B) Mansor Zakaria; Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Radzuan Osman; Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah, Ir. Mohd Fisal Ismail; ADUN Tanjong Dawai, YB Hanif Haji Ghazali; ADUN Kupang, YB Brigedier Jeneral (B) Dato' Haji Najmi Haji Ahmad; ADUN Bayu, YB Mohd Taufiq Yaacob; ADUN Gurun YB Baddrol Bakhtiar dan ADUN Pantai Merdeka, YB Ustaz Sharir Long. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MBKedah -UPDA 7/9/2024, 4:38:35 PM 

Tiada ulasan