Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman, berkenan berangkat ke majlis bacaan Yasin dan doa selamat sempena Sambutan Maal Hijrah peringkat Negeri Kedah 2024/1446 Hijrah di Masjid Zahir di sini, malam ini. Baginda turut diiringi Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin. Keberangkatan tiba baginda dan kerabat diraja disambut Menteri Besar, Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor; Setiausaha Kerajaan, YB Dato' Seri Haji Norizan Khazali, Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang dan kenamaan lain. Majlis yang dipimpin Imam Besar Masjid Zahir, Syeikh Mohd Naim Ahmad, itu dimulakan dengan bacaan doa akhir tahun 1445 Hijrah sebelum diteruskan dengan solat Maghrib, doa awal tahun 1446 Hijrah serta diikuti bacaan Yasin, tahlil, doa selamat dan solat Isyak berjemaah. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MBKedah -UPDA 7/6/2024, 11:46:36 PM 

Tiada ulasan