Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan, YB Mejar Mansor Zakaria merasmikan Sesi Libat Urus Pengurusan Penyakit Berjangkit Peringkat Negeri Kedah Tahun 2024 bertempat di Dewan Jamuan Utama Wisma Darul Aman. Objektif program ini adalah untuk membentangkan situasi kejadian wabak penyakit berjangkit di negeri Kedah dan meningkatkan pengetahuan dalam prinsip asas pengurusan wabak. Selain itu, program ini juga untuk memperkukuhkan kerjasama dan kolaborasi antara agensi peringkat daerah dalam menangani wabak penyakit berjangkit dan memperkukuhkan komunikasi dan pertukaran maklumat antara agensi peringkat daerah dalam tindakan pencegahan dan kawalan wabak. Jutaan tahniah kepada Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Dr. Ismuni Bohari dan urusetia yang terlibat atas usaha menganjurkan program ini. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 7/30/2024, 4:43:09 PM 

Tiada ulasan