Header Ads

test

SUKAN ITU IBADAH: INTEGRASI SUKAN DALAM KEHIDUPAN


SUKAN ITU IBADAH: INTEGRASI SUKAN DALAM KEHIDUPAN ALOR SETAR - 'Sukan Itu Ibadah' merupakan konsep integrasi antara kesihatan fizikal dan keimanan. Timbalan Mufti Negeri Kedah, Sheikh Marwazi Dziyauddin berkata aktiviti sukan boleh menjadi satu bentuk ibadah apabila dilakukan dengan niat yang betul. "Ibadah tidak hanya terhad kepada amalan ritual seperti solat dan puasa, tetapi juga merangkumi segala perbuatan yang dilakukan dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT," katanya dalam ucaptama Sidang Meja Bulat Sukan Satu Ibadah di Menara Alor Setar hari ini di sini. Sukan jelasnya boleh menjadi satu ibadah apabila ia dilakukan dengan tujuan menjaga kesihatan dan kecergasan yang dianugerahkan oleh Allah. Hadis Nabi Muhammad SAW menggalakkan kekuatan fizikal kerana itu lebih disukai oleh Allah SWT daripada yang lemah. "Ciri-ciri sukan yang sesuai dengan ajaran Islam seperti menjaga aurat, menghindari unsur perjudian dan memastikan tidak mengabaikan kewajipan seperti solat. "Contoh sukan yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW seperti memanah, berkuda dan gusti diketengahkan sebagai aktiviti yang boleh dipraktikkan dalam konteks ibadah," ujar Marwazi. Umat Islam tambah beliau diharapkan dapat mencapai keseimbangan antara kecergasan fizikal dan rohani. Inisiatif itu bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan kesihatan individu malah juga untuk memperkukuhkan amalan keagamaan dan kesejahteraan masyarakat. #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 7/22/2024, 2:24:10 PM 

Tiada ulasan