TEMASYA OGHANG KEDAH' MARTABATKAN KHAZANAH SENI BUDAYA
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa 'Temasya Oghang Kedah' (TOK) yang akan diadakan pada 26 hingga 29 September 2024.
Banyak program yang telah dirancang, diatur dan disusun bagi memeriahkan temasya itu.
Antaranya Himpunan Antarabangsa Silat Negeri Kedah, Persembahan Kesenian, Pencungkilan Bakat, Tok@Fantastic Food Fest, Arts Interactive, Malam Sentuhan Rohani dan pelbagai lagi.
Pada program itu juga akan berlangsung Pameran 1000 Tanjak yang melibatkan penyertaan empat negara iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia dan Singapura.
Katanya, usaha untuk mengangkat serta memartabatkan warisan yang tidak ternilai itu sentiasa dilakukan tanpa jemu oleh pelbagai pihak, daripada jabatan dan agensi-agensi kerajaan sehinggalah pertubuhan dan persatuan-persatuan serta para penggiat seni budaya umumnya.
Beliau juga percaya 'Temasya Oghang Kedah' akan turut menyemarakkan lagi suasana di tengah-tengah persiapan dan persediaan untuk menyambut Tahun Melawat Kedah 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
#UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA
Post a Comment