VETERAN ATM KEDAH TERIMA PINGAT PSSB
VETERAN ATM KEDAH TERIMA PINGAT PSSB ALOR SETAR - Setiap tahun, anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah bersara terus dikenang dan dihargai atas khidmat bakti mereka kepada negara. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan, YB Mejar Mansor Zakaria berkata tanggungjawab menjaga kebajikan bekas tentera bukan hanya terletak pada negeri tetapi memerlukan perhatian dan komitmen daripada kerajaan Persekutuan. "Negara perlu mengambil tanggungjawab yang besar untuk menjaga kebajikan tentera.Usaha ini adalah untuk menghargai pengorbanan mereka dalam memberikan keamanan kepada negara kita," katanya. Tambah beliau, di bawah kepimpinan Dato' Seri Muhammad Sanusi merancang untuk membangunkan kampung tersusun agar bekas tentera yang tidak mempunyai tanah dapat menjalankan kehidupan yang lebih baik selepas tamat perkhidmatan mereka. Inisiatif itu bukan sahaja akan memberikan mereka tempat tinggal yang layak tetapi juga mengiktiraf pengorbanan mereka. "Kedah ini ramai yang terkorban untuk pertahankan tanah air.Kedah, negeri yang mempunyai sejarah panjang dalam menentang penjajahan Jepun dan komunis," ujar Mansor. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Kedah Darul Aman bertempat di Dewan Seri Mentaloon, hari ini. Dalam majlis yang sama, seramai 12 ahli persatuan yang banyak menyumbang khidmat dan bakti telah dipilih untuk menerima Pingat Setia Sentiasa Berjuang (PSSB). PSSB diperkenalkan oleh persatuan tersebut untuk menghargai tugas dan tanggungjawab ahli sama ada semasa berkhidmat atau selepas bersara tetapi masih terus menyumbang tenaga sukarela dalam masyarakat. #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 7/21/2024, 1:51:10 PM
Post a Comment